Cari MLM yang Terbaik?
Salam,
Apa kriteria anda dalam memilih Syarikat MLM? Adakah syarikat yang baru bertapak menjadikan anda seorang pioneer, atau Syarikat yang sudah lama berada di pasaran?
Adakah anda ingin memilih syarikat yang mempunyai rating yang tinggi di kalangan ‘networkers’?
Sebetulnya, walau Syarikat mana yang anda pilih, ianya tidak akan menjamin kejayaan anda dalam perniagaan MLM yang anda ceburi. Anda tidak percaya? Cuba anda perhatikan, berapa ramai orang yang baru berjinak dengan perniagaan MLM give up setelah 2-3 bulan bertungkus lumus sepenuh tenaga dan masa mereka dengan perniagaan tersebut; walhal mereka telah menyertai sebuah syarikat yang Terbaik dan No. 1 di Dunia!
Apa sebabnya? saya berpandangan, Syarikat adalah punca kedua kejayaan anda dalam perniagaan MLM, kerana yang pentingnya adalah bentuk pemasaran perniagaan tersebut. Persoalannya, adakah kita perlu menggunakan segala ‘tools’ pemasaran yang disediakan oleh Syarikat? Bagi saya tidak memadai, kita masih perlu menggunakan dan cuba mencari satu inovasi baru dalam pemasaran MLM!!!
Selalu kita digembar gemburkan dengan terma ‘duplikasi’ , copy cat dan sebagainya. Namun sejauh manakah kejayaan duplikasi yang dicanangkan oleh Syarikat MLM? Ada beberapa orang leader mencadangkan kepada saya untuk mencari satu tempat pertemuan dengan prospek dan pastikan saya dan kumpulan berada di tempat tersebut setiap malam. Beliau mencadangkan saya mencari sebuah restoran mamak di kawasan yang dikunjungi ramai. Dengan adanya satu tempat pertemuan, maka bisness saya akan lebih cepat berkembang?
Ok, cuba fikir secara realistik; bagaimana kalau orang yang menjalankan biz MLM part time sebaik balik ke rumah dari ofis, terus keluar ke tempat pertemuan di kedai mamak sehingga ke larut malam? bagi yang tak ada famili, boleh dikira ok, bagaimana kalau anak-anak yang sentiasa menunggu kehadiran seorang bapa di rumah? Sekalipun tak ada famili serta anak, adakah pasti prestasi kerja di ofis keesokan hari tidak akan terjejas akibat kurang tidur? Renung-renungkanlah….
Sebab itu saya berpandangan, duplikasi tidak kena pada sesetengah tempat dan keadaan. Anda perlu mencipta sesuatu kaedah yang baru dalam mempromosikan dan berjumpa dengan prospek. Gunakan kuasa Internet!!! Amat rugi kalau anda tidak mempelopori dan menguasai internet di zaman sekarang.
Oleh itu, walau syarikat MLM mana yang anda sertai, sekiranya ada seorang yang kreatif dan inovatif dalam menggunakan teknologi internet, saya yakin anda akan berjaya menjadi seorang Jutawan MLM suatu hari nanti!!!
Tertipu Dengan Skim MLM
Salam,
Sejak kebelakangan ini, pelbagai teknik dan plan yang dicanangkan oleh Syarikat MLM bagi memberikan usahawan mereka ‘fast track’ untuk menjadi seorang yang kaya. Namun, tak semua berupaya untuk mengikuti plan fast track tersebut, dan terpaksa menanggung hutang berpuluh ribu.
Saya telah mendapat kiriman emel daripada saudari shahira othman yang dipostkan kepada yahoo group Sahabat Interaktif. Dibawah ini adalah nukilan hati beliau:
assalamualaikim wbt …. bagaimana caranya untuk saya setelkan masalah saya n…
Apr 7 shahira othman
to SIM
bagaimana caranya untuk saya setelkan masalah saya ni. untuk pengetahuan semua saya menyertai MLM (Pelan Pemasaran Hai O Marketing). Modal yang dilaburkan adalah sebanyak RM20K dan saya telah mebuat pinjaman sebanyak RM22K dengan bank rakyat.
saya mengambil masa yang agak lama untuk saya menyertai MLM dan saya telah tertipu dengan penerangan yang tidak telus yang diberikan oleh sponsor / jurucakap. mereka terus-terusan memujuk saya dengan menunjukkan cek yang beribu-ribu ringgit dan sebagai balasan saya diberikan sebanyak 10 set korset bodoh (jenama primum beautiful). Berkali-kali mereka mengatakan ini peluang untuk kita jadi jutawan, mengejar pangkat dan bla bla bla..
saya mahukan modal permulaan sebanyak RM2K sahaja tetapi berkeras mereka mengatakan RM2K tak dapat apa-apa dan saya kata biarla kita mula dari bawah, dia kata jangan gubna modal kecil nanti rugi besar..
saya menyertai juga pelan ni walaupun berat hati dan setelah menyertai pelan ini barulah diceritakan segala tentang maintain yang perlu dibayar untuk kita mendapatkan bonus besar, saya terkejut. loan yang saya buat bukan sedikit tetapi apabila nak balik modal kita tu kita kena bayar lagi kat hai o, kononnya maintane la ni… saya terkejut dan saya kata saya dah kena tipu… saya minta dia pulangkan balik duit saya, dia kata tak boleh, kena buat dan cari orang..
saya tertekan dengan keadaan ini. saya tidak pernah membuat personal loan dan segala hutang2 saya seperti kereta, rumah (alhamdulillah saya dapat membeli rumah sebelum menyertai pelan ini), anak2 saya, saya boleh bagi ibu saya duit, adik2, walaupun kadang2 saya tak cukup duit tapi saya SENANG HATI.. itu yang penting. saya berdoa siang malam, memohon pertolongan dari Allah, solat..
saya rasa ralat, saya rasa diri saya bodoh, tamak, semua cukup.. saya tak de utang yang saja2 dibuat tapi bila join MLM ni tak pasal2 saya dah buat utang buta2. Nak buat loan tak sampai seminggu tapi nak dapat balik 15 tahun, gilaaa… saya mohon bantuan sekiranya sesiapa yang dapat membantu bukan sekadar motivasi.. saya tak salahkan sesiapa dan saya salahkan diri saya tetapi saya tidak dapat / mampu untuk meneruskan pelan ni. saya give up.. dan saya tak boleh hidup dalam keadaan yang macam ni.. itulah orang kata biar besederhana janji kita senang hati dan saya mahukan kehidupan seperti dulu…
sesiapa yang yang boleh bantu saya, saya amat berterima kasih..
Menjadi Jutawan MLM
Salam,
Boleh jadi jutawan ke dengan bisnes MLM? Itulah persoalan yang sering prospek ajukan kepada saya setiap kali mereka mengunjungi web InterNetworking saya. Kenapa tidak? Sudah berapa ramai usahawan MLM yang telah menjadi jutawan, betul tak? Malangnya ramai yang menyertai MLM beranggapan akan menjadi kaya atau jutawan dalam masa yang singkat. Dengan tanggapan beginilah yang telah menjadikan bisness MLM dibenci oleh ramai orang. Mana taknya; buat sebulan dua, masih tak kaya raya, mulalah salahkan MLM. Salahkan upline kerana ajak menyertai MLM. Betul tak?
Sebab itu saya berpandangan bagi sesiapa yang ingin menyertai perniagaan MLM, anda kena betul-betul faham dengan konsep perniagaan MLM. MLM ialah singkatan dari Multi Level Marketing. Istilah ini merujuk kepada sebuah sistem perniagaan, dimana pemasaran produk dilakukan oleh individu yang bebas dan tidak terikat dengan kontrak kerja dan majikan.Individu tersebut akan membentuk sebuah jaringan kerja untuk memasarkan produk syarikat. Dari hasil penjualan peribadi dan jaringannya, setiap bulan syarikat akan membayar komisyen dalam bentuk bonus dan sebagainya.Disebabkan MLM dijalankan menggunakan mekanisme pemasaran di jaringan, maka MLM disebut juga dengan Network Marketing. Penggiat MLM disebut Networker.
Dengan definisi di atas, konsep perniagaan MLM adalah dengan jaringan atau ‘network’, dan tanpa jaringan semestinya usahawan MLM tidak boleh berjaya. sebab itulah saya rasa macam nak ketawa apabila ada orang bertanyakan saya, “bisness MLM yang awak buat ni kena cari orang bawah ke?”
Kalau kita perhatikan, ramai yang berjaya dalam MLM kerana mereka berjaya mendapat jaringan usahawan yang ramai dalam kumpulan mereka.Pelik kan? Bagaimana mereka ini berjaya mendapat ramai yang begitu komited dalam perniagaan MLM,sedangkan terdapat sebilangan yang membenci dengan MLM.
Apa rahsia kejayaan mereka? Adakah produk syarikat MLM tersebut bagus? Atau Upline mempunyai kuasa memujuk yang cemerlang? Sebenarnya, produk yang bagus tidak menjanjikan kejayaan dalam perniagaan MLM. Apa yang penting adalah cara pemasaran berkesan, maksud pemasaran di sini, adalah pemasaran untuk mendapatkan prospek dan juga pembeli barang.
Bagaimana untuk berjaya dalam pemasaran MLM? Saya berpandangan kita perlu mengikut peredaran zaman. Kalau suatu masa dahulu, penggiat MLM menggunakan cara ketuk pintu rumah orang yang tak dikenali, promosi kepada rakan-rakan dengan mengadakan parti, ajak kawan keluar makan dan promote peluang perniagaan, tetapi sekarang ini cara tersebut sudah tidak berkesan lagi. Anda perlu menggunakan internet untuk mempromosikan peluang yang ada. Inilah dinamakan InterNetWorking!!!
InsyaAllah, dengan cara yang betul, niat yang ikhlas, semua orang boleh jadi Jutawan MLM sekiranya anda komited dengan apa yang dilakukan.
Humaizi




